Thursday, June 12, 2014

minggu pertama di Jepun

Bismillah,

sejujurnya saya tidak tahu apa, dan bagaimana ingin memulakan penulisan terutamanya berkaitan dengan pengalaman saya di jepun. takut-takut, ada yang mungkin rasa terkilan, atau mungkin ada yang berkecil hati tatkala saya berkongsi kegembiraan ini. dan mengambil jalan tengah, saya kira, saya akan mencurahkan kebanyakkan pengalaman saya disini. dengan ini, saya berlepas tangan dari sebarang rasa tidak senang yang muncul dalam hati.

Alhamdulillah, perjalanan saya ke Jepun banyak dimudahkan. Daripada sewaktu saya berlepas,sehinggalah sekarang, ALLAH memudahkan banyak perkara. Harapnya Dia akan terus memudahkan, dan terus memudahkan.. Ada beberapa perkara yang saya rasa, perlu berkongsi dengan kalian

 hari ketiga saya di Fukuoka, jalan kaki nak ke pejabat pos. Dalam perjalanan pulang, ada seorang pakcik menegur saya dan rakan saya. (tentula dalam bahasa jepun). bertanyakan belajar kat mana, dari negara mana dan sembang2 dengan kawan saya( diam jela tak tahu nak ckp ape.hihi). dalam dia dok tanya2, ada satu soalan tu, dia tunjuk kat baju yang saya pakai, bertanyakan tulisan apakah itu (waktu tu,saya pakai baju RPI yg ada tulisan jawi) unik sungguh tulisan tu pada pandangan dia. dan akhir pertemuan, dia memberikan kata2 nasihat pada kami. walaupun tak faham bahasa jepun, faham la yang last sekali tu "gambatte kudasai" haha..

tapi nak bagitahu, betapa tulisan jawi ni unik, sehingga menarik perhatian orang untuk bertanya. mungkin sebab tak pernah jumpa kot tulisan tu. itu yang menjadikannya unik.hihi

pada hari khamis, berborak dengan student jepun yang ambik kelas kat Chikushi campus. seperti biasa, soalan paling famous adalah "where are you come from?" dan dia siap google earth lagi nak tengok kat mana Malaysia. Dia siap tanya lagi, apa yang membezakan antara semenanjung Malaysia dan juga sabah serawak, saya jawab between both penisular Malaysia, sabah n Serawak, there is a sea that seperate them. Dia ingat itu satu lawak,sedangkan apa yang saya kata tu, satu kebenaran. mungkin disampaikan dalam bentuk lawak.haha. Ini mengajar saya, walau sekecil-kecil info berkaitan negara kita, mungkin boleh jadi bahan sembang, terutama dengan orang dari negara luar..

Oh ya. mesti kalian biasa dengar "itadakimasu" sebelum makan bukan? apa yg saya cukup tertarik, kalau kita, kita baca doa makan sebelum makan. dan mereka, guna "ittadakimasu" sebagai "ucapan" doa mereka. kalau jumpa tengah2 jalan, terutamanya pakcik atau makcik2, mereka akan menegur kita dulu, tak kirala "ohayo gozaimasu" atau konichiwa, mesti ada je perkataan yang nak ditegur. Kalau dalam Islam, kita dianjurkan untuk menyampaikan salam walaupun pada orangyang kita tidak kenali

banyak lagi sebenarnye pengalaman yang cukup menarik, antaranya seminggu disini, sudah dapat berkelah kat pantai yang sangat cantik dan bersih.tapi.cukupla dulu coretan pertama saya. Doakan urusan saya dipermudahkan, dan dapat balik bergraduasi mengikut perancangan.


bunga2 dalam kampus,hihi


                                      ini nama dia udon, dengan tempura. Supervisor belanja sebelum dia balik malaysia


istana takeshi. hahaha..

1 comment:

  1. Tulisan akk seakan tulisan org yg kd kagumi.. do write again when u have time k.. :)

    ReplyDelete