Friday, June 13, 2014

pendidikan kanak-kanak di jepun

bismillah

saya rasa ada satu perkara menarik yang seharusnya saya kongsi bersama iaitu mengenai pendidikan disini. pada hari saya sampai di Fukuoka, kebetulan dijemput oleh seorang pelajar kepada penyelia master saya dengan dua orang anaknya. dan saya berpeluang mendengar dan menyaksikan sendiri bagaimana proses pembelajaran anak-anak disini. beliau cerita,bermula anak tersebut berusia 6 bulan sudah ada silibus pengajaran. baby sitter (atau cikgu di nursery) akan bawa anak2 kecil ini bersiar-siar dan juga bercerita pada bayi-bayi ni. dan bila sudah meningkat sedikit usia mereka, mereka bawa anak-anak ini untuk bermain, panjat tembok, main tanah dan pelbagai lagi aktiviti permainan tanpa disekat cuma mereka dipantau. mereka membiarkan anak-anak ini bermain sepuas-puasnya dan meneroka apa jua perkara yang mereka suka,tetapi dengan pantauan.

sejak kecil lagi anak-anak ini diajar untuk berdikari. pakai kasut sendiri, main sendiri, ambil botol susu dan tidor sendiri.. sangat berbeza dengan kanak-kanak di malaysia.hihi.. oh ya, satu perkara yang saya belajar disini, kanak2 yang mendapat pendidikan awal di jepun tidak suka dibantu ibu bapa. ceritanya begini.. ada seorang anak student kat sini, panjat tembok. puas ayah dia pujuk untuk turun. Dia nak turun,tapi dia tak nak ayah dia sambut. senang kata, dia nak turun sendiri. tapi tembok tu sangat tinggi (well,ada la paras kepala kami). sedang ayah dia pujuk adik kepada budak tu untuk turun jugak, si abang ni masih berjalan atas tembok tersebut, tapi tak tahu macam mana nak turun. tiba-tiba ALLAH ilhamkan saya untuk menawarkan bantuan pada si abang. mulanya berlagak tak nak orang turunkan dia, tapi lepas dijamin saya takkan turunkan dia,cuma bantu dia utk pegang dia sewaktu dia menuruni tembok tu pelahan-lahan (kat tembok tu ada lekuk-lekuk,jadi boleh la nak pijak kat lekuk-lekuk tu) baru dia nak turun. alas, saya merasakan budak-budak seperti ini sangat pandai. dan kita pun kena pandai bersiasah(hoho..kalau tak mcm mana nak bagi dia turun)pengalaman menjadi fasilitator pelajar sangat berguna bila berhadapan dengan budak-budak mcm ni. badan kecil, tapi hati....fuh. besar =)


teringat ade satu ketika dulu,waktu saya menjaga seorang budak(mak dia pegi beli barang kalau tak silap), (nakal saya ni,walaupun dah tua tetap suka main dengan tanah). saya ajak budak tu main dengan tanah dan arang(time tu nak bbq,so saya ajak dia tolong letak arang dalam tempat bbq tu). budak tu dengan lincahnya berkata,"mama kate main mcm ni kotor, kite tak boleh main kotor"

saya biarkan budak tu tengok je saya susun arang dan ketuk2 arang kat tanah, last-last dia tanya saya "auntie, kite nak main sekali boleh?(agaknya dia ingat saya tengah bermain2 kot.haha)..jawab saya,"sure my dear, tolong auntie pecah-pecahkan arang ni". last-last mak dia balik tekejut besar tengok anak dia penuh arang.hahaha..nasib baik bawak baju lebih..

kesimpulannya, kadang-kadang dengan budak-budak ni kena ajak dia tolong buat kerja rumah, dan cuba biarkan dia biasa buat kerja sendiri (contohnya pakai baju sendiri, pakai kasut sendiri, tidor sendiri). walaupun saya sendiri tengah mencari apa formula atau cara untuk attract budak-budak mcm ni.haha..para ibu bolehla share experience kalian ya? =)

Ijiri residential house
Ijiri,Fukuoka





boleh post gambar anak orang jela anak sendiri takde lagi =P

No comments:

Post a Comment